Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM90,310 / 30.10 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM300,000
3128 Penyumbang
19 Baki Hari
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para dermawan yang dikasihi sekalian. Madrasah Al-Huffaz Wal-Ulum merupakan madrasah berdaftar & diiktiraf oleh kerajaan negeri Selangor dengan nombor pendaftaran SSM SA0441622-X yang terletak di No. 11-1 Jalan Dataran Suria 15/7/3 Seksyen 15, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor.
Sesungguhnya, kami daripada pihak MAHWU (Madrasah Al-Huffaz Wal-Ulum) menyeru dan mengajak anda yang dermawan menginfak-tunaikan untuk bersama-sama kami menjayakan pembinaan kompleks MAHWU yang kini berada dalam pembinaan fasa pertama.
Saban musim, ramai ibu bapa malahan anak-anak muda memohon kemasukkan ke MAHWU. Tetapi apakan daya, ruang yang sempit serta kemudahan yang ala kadar juga kos pengurusan yang tinggi. Kami terpaksa mengehadkan kemasukan. Sehinggakan ada pelajar yang tidur di stor disebabkan ruang asrama yang tidak mencukupi. Ini antara permasalahan utama yang kami sedang hadapi sekarang:
1. Kos sewa bangunan yang tinggi dan membebankan terdapat 4 Cawangan Mahwu
2. Bangunan sewa sedia ada sudah mengalami kerosakan
3. Kesempitan ruang belajar, asrama, dewan makan malahan pejabat pentadbiran.
4. Kemudahan dan infrastruktur yang sangat terhad.
6.Tidak dapat mengambil kemasukan pelajar baharu.
CADANGAN PEMBINAAN KOMPLEKS MAHWU
Justeru, seluruh warga MAHWU ingin mengajak anda para dermawan untuk bersama-sama menjayakan pembinaan kompleks MAHWU yang akan menghimpunkan kesemua para huffaz MAHWU di bangunan milikan sendiri dan kekal. Pembinaan Kekal Bangunan Dewan Makan dengan kos RM800,000.00 meliputi:
1. Dewan makan ini akan dijadikan asrama dan juga dewan belajar buat sementara waktu bagi menjimatkan kos sewa bulanan RM20,000.00.
2. Menjadi "bangunan utama" operasi pengajaran dan hafazan semasa pembinaan Fasa 2.
3. Dapat menjimatkan bil-bil utiliti seperti bil eletrik dan juga air.
4. Dapat memberikan sedikit keselesaan sementara waktu buat para huffaz.
5. Dapat mengumpulkan kesemua pelajar MAHWU dalam satu tempat.
Sesungguhnya, selama mana bangunan kompleks MAHWU tersebut beroperasi kelak, selagi itulah pahala amalan wakaf anda akan dapat ibarat air terus mengalir. Bahkan bila mana kita sudah pun meninggal dan juga boleh diberikan ke atas mak ayah kita yang telah meninggal dunia.
DI SINI AKAN LAHIRNYA PELAPIS PEMIMPIN NEGARA UNTUK MASA DEPAN
Allahu, bayangkan jika anda membuat infak tunai dan mewakaf ke atas MAHWU. Pahala apa yang akan terus mengalir untuk anda?
1. Pahala anak-anak tahfiz yang membaca Al-Quran dan menuntut ilmu di MAHWU.
2. Pahala anak-anak tahfiz yang mengamalkan ilmu dan mengajarkannya kepada orang lain selepas habis belajar di MAHWU.
3. Pahala memudahkan semua penghuni MAHWU untuk membuat aktiviti pembelajaran yang baik dan selesa.
4. Pahala bertambahnya pelajar seterusnya MAHWU dapat melahirkan ramai hafiz yang akan terus memelihara Al-Quran.
5. Pahala bangunan kompleks MAHWU selagi mana ia beroperasi, selagi itu ganjaran ibadah sedekah akan terus mengalir.
"Perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya di jalan ALLAH seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (Kurnia-Nya) Lagi Maha Mengetahui."
(Surah Al Baqarah: 261)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Kemajuan kerja terkini :
i) Kerja kemasan Tandas Pelajar & Warden
> Memasang mozek dinding
> Memasang mozek lantai
> Mengecat dinding bilik air warden
ii) Memasang Sanitaryware & Fittings bagi tandas Warden
Kemajuan kerja terkini :
i) Kerja kemasan Tandas Pelajar & Warden.
> Memasang mozek dinding
> Memasang mozek lantai
ii) Kerja Paip
> Menyambung paip dari meter
> Memasang Waterpump
Kemajuan kerja terkini :
i) Kerja kemasan kambus/backfilling pemasangan paip sewer, tangki septik & manhole
ii) Memasang Lampu & soket & Paip + Waterpump serta membersih ruangan Dapur
iii) Meratakan tanah belakang tapak / site clearance & mengorek Earthdrain (sementara/temporary
Kemajuan kerja terkini :
i) Progress kerja pengorekan/pemasangan paip sewer, tangki septik & manhole
ii) Membasuh / membersih ruangan Dapur
iii) Mengecat Pintu Dapur & Setor
Kemajuan kerja terkini :
i) Progress Kerja Memasang Mozek bagi ruang dapur & setor..
> Mozek dinding 1.5m (h)
> Mozek lantai
ABDUL AZIZ BIN OTHMAN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 09, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 09, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Apr 09, 2024
AMALINA JAFNI
Menyumbang sebanyak RM25.00
Apr 09, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Apr 09, 2024