Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Sep 25, 2024
RM60 / 2.00 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
6 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Pihak maahad membuka peluang kepada muslimin dan muslimat bagi membantu berinfaq pembinaan menara azan di maahad kami . Kami memerlukan dana untuk membuat tangga menara,membuat kubah dan kos membiayai upah kerja-kerja menaikkan menara azan yang berdekatan surau pelajar.
Setiap sumbangan yang muslimin dan muslimat diberikan ianya amat bermakna yang akan menjadi pelaburan saham di akhirat yang berterusan dalam perjuangan untuk meningkatkan keagungan ibadah di maahad tahfiz disini. Sumbangan ini juga akan menyokong pendidikan agama dan membantu membina generasi pelajar yang cemerlang dalam ilmu dan amal ibadah kepada mereka.
Dengan adanya menara azan, penduduk sekeliling dapat bersolat sama dengan anak-anak tahfiz. Oleh kerana itu, pihak maahad mengajak muslimin dan muslimat dapat bersama-sama dalam membantu Maahad Tahfiz Al-Quran Hidayah dalam menjayakan projek menara tersebut. Dengan laungan azan yang akan berkumandang lima kali sehari ianya akan dilimpahi keberkatan dan mengagungkan syiar Islam dalam kehidupan pelajar tahfiz dan warga maahad kami dan juga masyarakat persekitaran untuk menunaikan perintah Allah SWT.
فَإِذَا كُنْتَ فِي غَنَمِكَ أَوْ بَادِيَتِكَ فَأَذَّنْتَ بِالصَّلَاةِ فَارْفَعْ صَوْتَكَ بِالنِّدَاءِ فَإِنَّهُ لَا يَسْمَعُ مَدَى صَوْتِ الْمُؤَذِّنِ جِنٌّ وَلَا إِنْسٌ وَلَا شَيْءٌ إِلَّا شَهِدَ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Maksudnya: “Jika kamu berada bersama-sama dengan kambing kamu atau di kebun kamu, dan engkau berazan untuk sembahyang, hendaklah engkau angkatkan suara menyeru orang bersembahyang, sebab suara orang yang azan tidak didengar oleh jin atau manusia ataupun sesuatu kecuali dia menyaksikan baginya pada Hari Akhirat.”
(Riwayat al-Bukhari 609)
Bermula RM10, marilah kita berinfaq demi membangunkan salah satu daripada syiar Islam ini. Semoga anda mendapat kebaikan di dunia dan akhirat dengan berinfaq kepada maahad tahfiz yang serba kekurangan ini. Semoga usaha kita bersama ini menjadi sebab tercapainya kesejahteraan dan kebahagiaan untuk para pelajar asnaf dan yatim di maahad kami.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 05, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 30, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 27, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 27, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 27, 2024