SUMBANGAN PEMBELIAN NEBULIZER DAN UBAT UNTUK PESAKIT TIBI

RM380 / 12.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

25 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

InshaAllah moga kempen ini akan berjaya dalam kita bersama-sama membuat saham akhirat bukan hanya untuk kita, malah untuk kebaikan umat Islam.


Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera kepada muslimin dan muslimat yang dikasihi Allah SWT. Saya mewakili Persatuan Kebajikan Kasih Sayang Daerah Sibu ingin merayu kepada anda semua untuk memohon dana infaq perubatan bagi Puan Raba'yah binti Sebli dan Encik Mat Sophian bin Mat Hassan yang telah disahkan menghidapi penyakit TIBI. Sumbangan tersebut penting dalam kami membeli peralatan nebulizer yang sangat diperlukan oleh mereka dalam menjimatkan masa dan juga risiko jika diserang penyakit TIBI dengan serius. Pembelian ubat-ubatan bagi kegunaan mereka juga akan dibeli dengan menggunakan wang sumbangan ini kelak.




Kad yang mengesahkan bahawa Encik Mat Sophian memerlukan pemerhatian dalam penyakit yang beliau hadapi.



Kad yang mengesahkan bahawa Puan Raba'yah memerlukan pemerhatian dalam penyakit yang beliau hadapi. Sehubungan dengan itu pihak kami berharap semoga muslimin muslimat dapat merealisasikan hajat dan impian pihak kita semua untuk menjaga kebajikan saudara seagama kita dengan menyediakan ubat-ubatan kecemasan segera dan dapat memberi perkhidmatan sokongan perubatan secara percuma. 


إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ حَيْثُ خَلَقَ الدَّاءَ خَلَقَ الدَّوَاءَ فَتَدَاوَوْا


“Sesungguhnya Allah ketika menciptakan penyakit diciptakan bersekali ubat maka berubatlah.”

(Riwayat Ahmad)



والصدقةُ تُطفِيءُ الخطيئةَ كما تُطفِيءُ الماءُ النارَ


Yang bermaksud: “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.”

(Riwayat al-Tirmizi)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

ELYNA

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jan 31, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Jan 31, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jan 31, 2023

NOR RASYIDAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 31, 2023

SALEHUDIN DAN KELUARGA

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jan 30, 2023

Kempen Sumbangan Tamat