Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Aktif sejak Jul 28, 2020

Tentang Penganjur

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.


Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.    


Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.


Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.


Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.


Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.



70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur. , 54000, Kuala Lumpur, Kuala lumpur, Malaysia
sumbangan@ppim.org.my
+603-4256 6618

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

6 bulan yang lepas

Semoga Allah masukkan kita semua kedalam Jannatul Firdaus dan semoga Allah memberkati dan rahmati kita semua. Semoga Allah ampuni dosa-dosa kita semua. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua. Semoga Allah murahkan rezeki kita semua. Semoga Allah berkati kita semua dengan hati yang tenang dan gembira. Semoga Allah tingkatkan kesebaran dan keiimanan kita. Semoga diterima amal ibadah kita.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

6 bulan yang lepas

Ya Allah, permudahkan urusan mereka, rahmati mereka, dan tempatkan mereka dikalangan orang2 beriman bagi mereka yang syahid, sesungguhnya engkau yang maha pengasih lagi maha penyayang. amin, Ya Allah.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

6 bulan yang lepas

Semoga allah hancur kan israel. Sehancur hancur nya.. Amin ya robbal alamin.. Stay strong palestin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

6 bulan yang lepas

Doakan keluarga saya mati syahid seperti mereka di palestin kerana memperjuangkan agama Islam. Syurga untuk kita semua. Amin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

6 bulan yang lepas

Semoga semua urusan dipermudahkan. Doakan saya dapat tukar ke kelantan untuk menjaga ibu saya

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

6 bulan yang lepas

Doakan rezeki saya bertambah😞

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: