Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.
Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.
Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.
Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.
Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.
Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.
FATIN ALYSA BINTI MOHD RIZAL
Mudah-mudahan segala urusan kita di dunia dan di akhirat dipermudah dan dilimpahkan rezeki yang tidak putus-putus. Semoga amalan kita sepanjang bulan ramadan tahun ini diberkati dan diterima oleh Allah..Aamiin…
0 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Kesejahteraan ibu bapa, disihatkan tubuh badan mereka utk terus beribadah kepadaMu. Permudahkan segala Urusan mereka. Ampunkan dosa mereka. Masukkan mereka ke syurgaMu. Bukakan pintu rezeki seluasnya kepada ku dan keluargaku. Jodoh kan aku dengan suami yg terbaik dariMu ya Rahman. Tunjukkan dan permudahkan sekiranya Aliff Abdul Halim adalah jodohku. Masukkan ku ke syurga, dan ampuni aku
0 orang mengaminkan doa ini