Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
Pertubuhan Komuniti Ihsan Negeri Johor
Dimulakan pada Sep 29, 2022
RM2,386 / 4.77 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000
130 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum. Masjid Al Makmur Kg Seri Makmur, Parit Sangit adalah sebuah masjid yang terletak dalam Mukim Lubuk, Batu Pahat, Johor. Bangunan masjid ini telah dibina lebih 50 tahun yang lepas dan mempunyai jemaah kariah berjumlah kira-kira 200 orang dari sekitar Kg Seri Makmur, Parit Sangit serta kawasan Jalan Batu Putih Darat.
Masjid Al Makmur ini mempunyai binaan separa papan dan batu. Keuzuran masjid ini kian ketara dari masa ke semasa. Walaupun telah beberapa kali diperbaiki namun akhirnya terpaksa akur kepada kehendak zaman.
Masjid ini aktif menjalankan solat berjemaah, aktiviti usrah, kuliah serta aktiviti-aktiviti berbentuk keagamaan yang lain. Namun aktiviti-aktiviti semakin terbatas lantaran keadaan masjid yang semakin dimamah usia. Beberapa aktiviti akan datang telah dirancang untuk memakmurkan dan mengimarahkan lagi masjid ini. Antara cadangan adalah mengadakan pusat aktivti warga emas serta aktiviti sukan seperti memanah.
Perancangan juga dilakukan untuk menjadikan masjid ini mesra internet dan mesra jemaah sesuai dengan peredaran zaman. Menjadikan masjid ini sebagai pusat penyebaran maklumat serta menjadi pusat pertemuan masyarakat. Menggabungkan teknologi moden dan tradisi lama sebagai pemangkin untuk melahirkan jemaah yang berilmu dan beriman. InsyaAllah.
“Sesiapa yang menunjukkan kepada perkara kebaikan nescaya dikurniakan kepadanya pahala sebagaimana pahala orang melakukan kebaikan tersebut.”
(Hadith Riwayat Muslim)
Mudah-mudahan segala yang kita infaqkan dan dermakan dengan tulus ikhlas akan diterima oleh Allah SWT seperti Firman Allah:
“Perumpamaan orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah samalah seperti menanam sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, tiap-tiap satu tangkai pula mengandungi seratus biji dan Allah akan menggandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinya dan Allah Maha Luas Rahmat dan Limpah KurniaNya lagi Maha Mengetahui.
(Surah Al Baqarah ayat 261)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Oct 05, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 05, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 05, 2022
MOHAMMAD SHAFIQ ZAINON
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 05, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 05, 2022