MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Nov 16, 2022

RAYU INFAQ BAIKPULIH BUMBUNG SURAU DAN KELAS TAHFIZ DAIF

RM975 / 16.25 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000

64 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

JOM SAMA-SAMA REBUT PELUANG BERINFAQ AGAR BUMBUNG SURAU MAAHAD TAHFIZ INI DAPAT SEGERA DI BAIKPULIH SUPAYA ANAK-ANAK TAHFIZ DAPAT BELAJAR DALAM KEADAAN TENANG DAN SELESA.


Memberi atau membantu orang lain merupakan salah satu kebiasaan orang-orang bertaqwa kepada Allah Ta’ala. Membantu orang lain dengan cara berinfak banyak sekali manfaat-manfaat yang akan kita dapatkan baik untuk diri kita sendiri mahupun untuk orang yang menerima sedekah tersebut. Dengan berinfak kita telah membantu saudara-saudara kita yang lebih memerlukan.


مَثَلُ الَّذِيْنَ يُنْفِقُوْنَ اَمْوَالَهُمْ فِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ اَنْۢبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِيْ كُلِّ سُنْۢبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللّٰهُ يُضٰعِفُ لِمَنْ يَّشَاۤءُ ۗوَاللّٰهُ وَاسِعٌ عَلِيْمٌ


“Perumpamaan infak yang dikeluarkan oleh orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan ganjaran bagi siapa yang dia kehendaki. Dan Allah maha luas karuniaNya lagi maha mengetahui.” (S. Al-Baqarah: 261)



Struktur bangunan yang baik merupakan perkara yang penting yang dapat memberi penempatan yang selesa terutama sekali dimusim hujan yang melanda dan ketika cuaca panas terik. Keadaan cuaca saban hari yang tidak menentu dan mengalami hujan yang kerap menyebabkan surau maahad kami digenangi air. Surau ini bukan sahaja digunakan oleh warga tahfiz untuk solat 5 waktu tetapi juga sebagai kelas anak-anak tahfiz belajar Al-Quran setiap hari. Namun, para pelajar tidak dapat belajar dalam keadaan tenang dan selesa setiap kali hujan lebat. Hal ini kerana atap bumbung bocor disebabkan keadaan bumbung yang telah pun berusia dimakan masa dan zaman.



Oleh tu, pihak maahad ingin menukar dan membaik pulih bumbung surau maahad yang bocor secepat yang mungkin. Justeru, kami ingin melancarkan tabung infaq membeli bumbung untuk maahad kami disini dan memerlukan perbelanjaan yang agak besar termasuk kos upah pekerja.



Pihak maahad berharap muslimin dan muslimat dapat membantu dengan menghulurkan sumbangan infaq kebajikan pelajar disini agar anak-anak tahfiz ini dapat belajar dengan selesa. Sekarang para pelajar kerap menghadapi masalah semasa sesi pengajian Al-Quran akibat ketirisan dan kebocoran atap apabila berlaku hujan lebat sehingga terjadinya banjir kecil dalam surau dan asrama pelajar. Oleh yang demikian, pihak maahad merayu atas semangat taawun untuk saling membantu atas jalan ketaqwaan untuk melahirkan huffaz yang beramal dengan Al-Quran dan menyebarkannya. 


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 29, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Nov 27, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Nov 27, 2022

TIPAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 27, 2022

MOHAMMAD SHAFIQ ZAINON

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 26, 2022

Kempen Sumbangan Tamat