ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Dimulakan pada May 02, 2023

INFAQ ROTI PERCUMA UNTUK PENDUDUK YAMAN YANG KELAPARAN

RM2,105 / 42.10 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

133 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Teruskan membantu Yaman. Jom infaq Roti percuma untuk saudara anda yang kelaparan. Infaqlah seikhlas hati serendah RM 10. Dengan sebuku roti anda mampu mengurangkan kelaparan mereka.


Konflik di negara ini telah mengorbankan puluhan ribu nyawa manakala jumlah pelarian pula semakin meningkat. Sementara itu, hampir 80 peratus penduduk Yaman yang berjumlah sekitar 29 juta orang bergantung kepada bantuan luar sehinggakan negara itu menjadi negara yang mengalami krisis kemanusiaan terbesar di dunia. Dianggarkan hampir separuh atau 13 juta penduduk Yaman diancam kebuluran oleh PBB.


Konflik di Yaman memasuki tahun yang kelapan. Setelah bertahun lamanya berperang, Yaman kini terancam akan bencana kelaparan dan krisis kemanusiaan terbesar sekiranya peperangan masih berlanjutan.



Berikan Roti Percuma Kepada Penduduk Miskin Yaman


Yaman telah dilanda perang saudara sejak hujung tahun 2014, ketika pemberontak Houthi yang disokong Iran menguasai ibu kota Sanaa dan sebahagian besar di utara negara itu, memaksa Presiden Abed Rabbo Mansour Hadi melarikan diri ke selatan, lalu ke Arab Saudi bagi mendapatkan perlindungan.


Namun jika tidak adanya pemerintah pusat yang bertanggungjawab setelah diusir pemberontak keluar dari ibu kota ke wilayah selatan negara, ia mampu menyebabkan konflik dan krisis-krisin lebih sukar dikendalikan. Hal ini kerana konflik yang tidak berkesudahan di negara Yaman itu menjadikannya negara termiskin di Semenanjung Arab beberapa tahun.



Terdapat juga hal-hal lain yang mengakibatkan krisis kemanusiaan di Yaman bertambah teruk. Bantuan-bantuan seperti makanan dan ubat-ubatan telah disekat dari darat, laut dan udara oleh Perikatan Tentera Arab yang dipimpin Arab Saudi dalam menentang pemberontak Houthi. Dalam masa yang sama pemberontak itu sendiri turut menyekat segala bantuan -bantuan yang disampaikan kepada penduduk Yaman.


Selain Itu, Program Makanan Sedunia atau World Food Programme (WFP) memberi amaran sekiranya gangguan import masih berterusan di dua pelabuhan utama, iaitu Hudaidah dan Saleef ini akan menyebabkan lagi bencana kelaparan di Yaman.



Iltizam Relief Society menyeru kepada semua penyumbang yang mulia, janganlah kita terhadkan perbuatan baik kita untuk membantu Yaman sampai Ramadan sahaja, teruskan membantu penduduk Yaman agak mereka tidak kelaparan .

Pahala Orang yang bersedekah tak akan berkurangan, malah rezeki anda juga bertambah-tambah rezeki dan juga pahala serta dibukakan pintu syurga bagi orang yang bersedekah. Peperangan mungkin akan berakhir pada bila-bila masa tapi untuk memulihkan negara daripada segala kerosakan ini akan memakan masa yang sangat lama dan agak mustahil negara Yaman akan dibangunkan dalam tempoh yang singkat.

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 29, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 27, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 27, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jun 26, 2023

Kempen Sumbangan Tamat