Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Nov 26, 2022
RM525 / 8.75 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000
35 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Sujud adalah bahagian teragung dalam solat, dimana kita menyebut namaNya yang Maha Tinggi untuk mengakui rendahnya darjat kita sebagai manusia. Sehinggakan ada satu hadis menyatakan bahawa keadaan yang paling dekat dengan Allah adalah ketika seseorang sedang bersujud.
أَقْرَبُ مَا يَكُونُ الْعَبْدُ مِنْ رَبِّهِ وَهُوَ سَاجِدٌ فَأَكْثِرُوا الدُّعَاءَ
Artinya: “Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu meriwayatkan bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Keadaan paling dekat seorang hamba dari rabbnya adalah ketika dia dalam keadaan sujud, maka perbanyak doa (di dalamnya).” (HR. Muslim)
Namun bagaimana mungkin sujud mencapai khusyuk apabila karpet yang menjadi alat untuk solat penuh debu rosak dan berbau. Keadaan karpet di maahad ini semakin uzur, nipis dan kurang selesa untuk para pelajar kerana telah dimamah usia. Menjadi keutamaan pihak maahad untuk menyediakan kemudahan tempat solat yang kondusif agar para pelajar dapat menunaikan ibadah dengan khusyuk dan selesa.
Sehubungan itu, pihak Maahad Tahfiz Al-Quran membuka peluang sedekah jariyah karpet solat buat muslimin dan muslimat dalam rangka untuk memakmurkan Surau Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah. InsyaAllah ada pahala yang sentiasa mengalir buat muslimin dan muslimat yang memberi sedekah jariyah di setiap sujud para pelajar saat mereka menunaikan solat fardhu, solat rawatib dan qiamulail. Moga segala kebaikan Tuan/Puan memberi sedekah jariyah menjadi bekal yang dapat menghantar kalian ke syurga.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
NORASHEKIN BINTI ASRI
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 02, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 02, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 02, 2022
SITI HAWA
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 02, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 02, 2022