MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Feb 01, 2024

TABUNG INFAQ KOS PEMBINAAN TAPAK TANGKI AIR

RM295 / 2.95 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

13 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

RAYUAN INFAQ UNTUK KOS PEMBINAAN TAPAK TANGKI AIR BAGI KEMUDAHAN IBADAH DAN MENUNTUT ILMU PARA PELAJAR DI MAAHAD KAMI. AYUH KITA MEMBANTU!


Dalam fasa terakhir bulan Rejab yang penuh berkat ini, marilah kita bersama-sama merapatkan saf untuk menyumbangkan harta yang ada bagi membantu kos pembinaan tapak tangki air di maahad tahfiz kami. Setiap sumbangan yang diberikan adalah langkah ke arah memastikan keselesaan dan kelancaran operasi harian maahad kami.



Kerja-kerja pembinaan ini masih tertunda kerana pihak kami kekurangan dana dan dalam fasa pengumpulan sumbangan dana daripada orang ramai agar kerja-kerja ini dapat dilaksanakan kelak. Kewujudan tapak tangki air amat diperlukan bagi menangani masalah tekanan air rendah di kawasan Pekan Ayer Hitam dan ini amat penting untuk memastikan kelancaran pengaliran air di maahad untuk kegunaan harian para pelajar kami.



Dengan bekalan air yang mencukupi, kami dapat memastikan kecukupan keperluan asas para pelajar kami, membolehkan mereka mengejar ilmu agama dalam suasana yang kondusif dan tenang. Mari bersama tingkatkan keberkatan bulan Rejab ini dengan amal kebaikan dan menjadikan setiap sumbangan sebagai saham akhirat untuk masa depan generasi penerus umat Islam.



Justeru, mari bersama-sama memberikan yang terbaik daripada harta yang kita miliki, untuk memberikan keberkatan dan kemajuan kepada pendidikan agama di maahad tahfiz. Dengan setiap sumbangan dan usaha ini, anda dapat membantu membina masa depan yang lebih baik bagi generasi pelajar, memastikan mereka memiliki akses kepada pendidikan agama yang berkualiti.



Semoga setiap langkah kecil yang diambil akan menjadi batu loncatan menuju kecemerlangan dan kejayaan, serta menjadi amalan yang diberkati oleh Allah SWT. Bersama-sama, kita mencipta perubahan positif yang berkekalan dalam kehidupan anak-anak asnaf dan yatim ini.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 02, 2024

SHAMSUL AZWAN BIN SAMSUDDIN

Menyumbang sebanyak RM100.00

Feb 02, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Feb 02, 2024

Kempen Sumbangan Tamat