Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM1,130 / 16.14 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000
45 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum W.B.T. Salah satu cara untuk menjaga kesihatan diri adalah dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang. Makanan seimbang dan berkhasiat penting untuk kesihatan tubuh demi melakukan ibadah kepada Allah SWT. Namun, untuk mendapatkan makanan seimbang dan berkhasiat bukannya mudah kerana sejak akhir-akhir ini, harga barangan segar seperti ayam, daging dan ikan serta sayur-sayuran telah melonjak naik akibat pelbagai faktor. Golongan yang terkesan sudah pasti adalah mereka yang tergolong dalam katergori asnaf yang berpendapatan rendah.
Melihat akan situasi ini, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) terpanggil untuk menyalurkan bantuan kepada golongan asnaf dengan mengkhususkan pemberian sumbangan berupa daging lembu segar untuk keluarga Asnaf yang berada di sekitar Lembah Klang. Sasaran pemberian adalah kepada 150 buah keluarga.
Justeru itu, sebagai usaha untuk meringankan sedikit beban golongan asnaf untuk mendapatkan bekalan daging segar, maka pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program ini demi manfaat penerima-penerima sumbangan dan semoga sumbangan kita semua diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.
Rasulullah SAW juga bersabda: “Wahai sekalian manusia, sebarkan (ucapan) salam, berilah makan (kepada yang memerlukan), sambunglah hubungan persaudaraan, solat pada waktu malam ketika manusia sedang tidur, nescaya kamu semua akan masuk syurga dengan sejahtera.” (HR Ibn Majah).
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya orang lelaki yang bersedekah dan orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik lagi ikhlas, akan digandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya, dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia”. (Surah Al-Hadid : 18)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
ARIF ZIKRI
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 30, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
May 30, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
May 30, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 30, 2022
AZWAN BIN ARIFFIN
Menyumbang sebanyak RM50.00
May 30, 2022