YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Jun 01, 2022

SEMPURNAKAN HASRAT ASNAF UNTUK BERKORBAN DI TANAH SUCI

RM1,031 / 10.31 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

62 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama menjayakan program bantu asnaf yang kekurangan duit untuk melaksanakan ibadah korban di Tanah Suci. Jom kita bantu mereka!


Assalamualaikum W.B.T. Sesungguhnya bulan Zulhijjah akan hadir tidak lama lagi. Lebih kurang sebulan sahaja lagi umat Islam akan menyambutnya. Pada 10 haribulan Zulhijjah terdapat kelebihan yang hebat untuk umat Islam. Rasulullah SAW meletakkan 10 Zulhijjah ini sebagai hari yang mesti dipertingkatkan amalan kita.


Antara amalan yang dianjurkan untuk dilaksanakan selain berpuasa pada hari Arafah adalah melakukan ibadah korban. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika hari raya Aidiladha selain menyembelih haiwan korban” (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim).



Untuk makluman, pihak kami mendapat perkhabaran bahawa ramai di kalangan rakyat kita khususnya yang berada di Tanah Suci Mekah semasa melakukan ibadah Haji tidak mampu untuk melaksanakan ibadah korban akibat ketidakcukupan wang saku. Rata-rata mereka ini adalah golongan asnaf yang ditawarkan untuk melakukan ibadah Haji dengan menggunakan wang simpanan yang cukup tetapi ala-kadar. Namun sekiranya mereka ingin melakukan ibadah korban, sudah pasti wang yang ada adalah tidak mencukupi.



Oleh itu, sebagai usaha untuk membantu mereka, untuk melaksanakan ibadah korban di sana, maka pihak yayasan akan menyalurkan bantuan kewangan yang sewajarnya untuk mereka agar hasrat bagi melaksanakan ibadah korban dapat direalisasikan. Dianggarkan jumlah bantuan untuk setiap penerima adalah RM500 setiap seorang dan jumlah mereka yang terlibat adalah sekitar 15 - 20 orang. 



Justeru itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program ini semoga usaha yang kita lakukan ini akan menjadi asbab ibadah haji saudara kita di Tanah Suci menjadi lebih sempurna dan mendapat Haji Mabrur, Insya Allah. Mudah-mudahan, sumbangan Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar serta mendapat redha dari Allah SWT.



Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (haiwan korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).” (HR al-Tirmizi)


Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya orang lelaki yang bersedekah dan orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik lagi ikhlas, akan digandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya, dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia”. (Surah Al-Hadid : 18)


Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Tiada sumbangan
Kempen Sumbangan Tamat