YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Sep 05, 2022

INFAQ AMAL BAIK PULIH RUMAH DAIF GOLONGAN ASNAF DAERAH BALING

RM350 / 0.07 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM500,000

20 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia akan membaik-pulih rumah-rumah daif dan tidak sempurna milik golongan asnaf dan miskin di sekitar kawasan Baling, Kedah. Jom kita bantu mereka!


Assalamualaikum W.B.T. Tempat tinggal, kediaman atau rumah merupakan keperluan asasi manusia. Ini jelas dalam Islam berdasarkan ayat al-Quran yang bermaksud; “Dan Allah menjadikan bagi kamu rumah-rumah (yang kamu dirikan itu) tempat tinggal; dan Ia menjadikan bagi kamu dari kulit binatang-binatang ternak: khemah-khemah (tempat berteduh), yang kamu mendapatinya ringan (di bawa ke mana-mana) semasa kamu merantau dan semasa kamu berhenti; dan (Ia juga menjadikan bagi kamu) dari berjenis-jenis bulu binatang-binatang ternak itu, berbagai barang perkakas rumah dan perhiasan, (untuk kamu menggunakannya) hingga ke suatu masa” (Al-Nahl : 80). 



Selain daripada itu, tempat tinggal juga berfungsi sebagai tempat asas kepada pembentukan keluarga kerana manusia memerlukan tempat tinggal untuk berkeluarga. Rasulullah SAW bersabda: “Empat perkara yang mendatangkan kebahagiaan: Isteri solehah, rumah yang luas, kejiranan yang baik dan kenderaan yang selesa.” (HR Ahmad). Namun hakikatnya, bagaimanakah nasib golongan asnaf dan fakir miskin? Mereka juga perlukan tempat tinggal yang selesa untuk berkeluarga dan menikmati kehidupan yang baik.



Oleh itu, bagi merialisasikan salah satu dari empat perkara dalam hadis Nabi SAW iaitu yang mendatangkan kebahagian kepada insan adalah tempat tinggal yang baik, maka pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) telah mengadakan satu program bagi membaik-pulih rumah-rumah daif dan tidak sempurna golongan asnaf dan miskin di sekitar kawasan Baling, Kedah yang telah dikenal pasti. Jumlah rumah yang terlibat adalah sebanyak lima buah rumah.



Atas rasa tanggungjawab lagi prihatin, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) menyeru orang

ramai agar tidak ketinggalan bagi turut serta untuk memperoleh saham akhirat dengam bersama menyumbang dalam program infaq membantu membaik-pulih rumah-rumah daif golongan asnaf dan miskin ini. Mudah-mudahan, sumbangan yang dihulur akan mendapat memperoleh ganjaran yang besar serta kemapunan dari Allah SWT.



Nabi SAW juga ada bersabda: “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (HRMuslim)



Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Sesuatu apa jua yang kamu dermakan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.” (Ali Imran: 92)


Jom Buat Kebaikan!

Terima kasih. Wassalam.


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

MOHD YUSOP MOHAMAD

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 23, 2022

NUR & KELUARGA

Menyumbang sebanyak RM50.00

Sep 09, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Sep 07, 2022

SAIDARUZA BINTI SHAMSUDDIN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 07, 2022

NURUL FITRIYATON IDAWIYAH BT NAHRAWI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 07, 2022

Kempen Sumbangan Tamat