YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Sep 12, 2022

PESAKIT ASNAF DAN MISKIN MEMERLUKAN BANTUAN UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN

RM1,130 / 0.08 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM1,500,000

56 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia merayu orang ramai untuk membantu pesakit asnaf dan miskin bagi meneruskan kehidupan. Kesusahan mereka tanggungjawab kita bersama. Jom hulurkan bantuan!


Assalamualaikum wbt. Kesihatan merupakan nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita semua selepas beriman kepadaNya. Kita hendaklah bersyukur apabila dikurniakan kesihatan yang baik. Namun hakikatnya, di saat ini sebenarnya ramai yang sedang menderita dan diuji dengan pelbagai masalah kesihatan termasuk mereka yang terpaksa terlantar lama di hospital mahupun di rumah. Lebih malang lagi apabila mereka yang sakit ini adalah dari golongan asnaf dan miskin. Kesan kepayahan dan kesusahan ini bukan sahaja ditanggung oleh pesakit namun ditanggung juga oleh ahli keluarga yang membantu. 



Walaupun menjaga orang sakit adalah sifat yang mulia dan akan diberi pahala yang besar oleh Allah SWT, namun, menjaga ahli keluarga yang sakit sudah pasti akan menduga emosi dan kesabaran lebih-lebih lagi sekiranya mereka menghadapi masalah kewangan kerana pesakit memerlukan perbelanjaan yang besar serta memerlukan pelbagai keperluan bagi mengubati mereka.



Program ziarah orang sakit oleh skuad kami di beberapa hospital dan beberapa buah rumah pesakit di Lembah Klang amat menyayat hati apabila ahli kaluarga pesakit merayu akan bantuan dari kita semua. Mereka ini adalah golongan asnaf dan miskin yang amat memerlukan bantuan dari segi kewangan bagi menguruskan keperluan pesakit yang terdiri dari ahli keluarga mereka samada ibu, ayah, suami, isteri mahupun adik beradik. Pihak kami difahamkan bahawa sebahagian pesakit ini ada menerima bantuan dari pihak berwajib, namun jumlah yang diterima adalah minima dan tidaklah mampu untuk menampung kesemua keperluan pesakit.



Menyedari akan peri pentingnya membantu mereka yang sedang menghadapi kesusahan, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) melalui kempen membantu asnaf dan miskin, akan menyalurkan bantuan kewangan dan keperluan pesakit seperti kerusi roda, katil dan tilam khas, pampers, susu, ubat-ubatan yang tidak dibekalkan oleh pihak hospital dan sebagainya untuk golongan asnaf dan miskin yang sedang terlantar sakit di empat buah negeri iaitu di Selangor termasuk Lembah Klang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Sasaran kami adalah seramai mungkin pesakit yang akan menerima sumbangan ini.



Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan kempen ini semoga ia dapat membantu meringankan kesusahan serta kepayahan yang ditanggung oleh pesakit dan ahli keluarga mereka. Semoga sumbangan tuan/puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.


Marilah kita menghayati sabda Rasulullah SAW yang berbunyi: Dari Abu Darda Radhiyallahu 'anhu berkata: "Saya mendengar Baginda Rasulullah bersabda yang maksudnya "Carilah untukmu orang-orang yang lemah, sebab sesungguhnya engkau semua diberi rezeki serta pertolongan dengan sebab orang-orang yang lemah di kalangan engkau semua itu." (HR Abu Daud)



“Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”

(Hadis Riwayat Muslim)


Jom#BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Tiada sumbangan
Kempen Sumbangan Tamat