Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM2,257 / 45.14 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000
58 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum wbt, Isu kemiskinan khususnya di kawasan bandar merupakan cabaran yang besar untuk ditangani terutama apabila suasana kehidupan masyarakat bandar hari ini adalah kearah untuk berlumba mencari rezeki dan kehidupan dan kesibukan ini telah menyebabkan mereka yang susah dan miskin kurang diambil perhatian.
Mereka yang tergolong dalam golongan yang susah dan memerlukan ini bukan sengaja untuk mereka terjerumus dalam kesusahan akan tetapi mereka menjadi susah disebabkan pelbagai faktor antaranya kehilangan kerja, faktor kesihatan, kehilangan pasangan sebagai sumber utama pencari rezeki keluarga dan sebagainya.
Bagi mendepani cabaran ini, Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) terpanggil untuk membantu sebahagian golongan yang susah atau miskin ini yang merupakan golongan asnaf dari kalangan ibu tunggal miskin dari beberapa kawasan di Lembah Klang seperti Puchong, Kota Damansara dan Shah Alam.
Oleh itu, melalui program Infaq Bantuan Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) ini, bantuan yang akan disalurkan kepada golongan asnaf ibu tunggal miskin adalah berbentuk bantuan makanan asas seperti beras, tepung gandum, bihun dan sebagainya serta keperluan lain yang difikirkan perlu.
Pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program Infaq Bantuan ini dan semoga dengan sedikit bantuan yang disalurkan, sedikit sebanyak mampu untuk mengurangkan beban yang sedang ditanggung mereka. Semoga sumbangan Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.
Nabi SAW bersabda: "Orang yang memberi kecukupan kepada para janda (ibu tunggal) dan orang-orang miskin (pahalanya) seperti orang yang berjihad di jalan Allah atau seperti orang yang qiamullail di malam hari atau yang berpuasa di siang harinya" (Hadis riwayat Bukhari)
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya orang lelaki yang bersedekah dan orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik lagi ikhlas, akan digandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya, dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia”. (Surah Al-Hadid : 18)
Terima Kasih, wassalam.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 01, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 30, 2022
HUZAIFAH BIN MOHD DRUS
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 30, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 28, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jan 28, 2022