Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM10 / 0.20 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000
1 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum wbt. Sesungguhnya, tidak dapat dinafikan bahawa dengan kurniaan kesihatan yang baik, seseorang itu mampu untuk mencari rezeki dengan berkerja. Tetapi apabila diuji dengan sakit, pertolongan dari orang lainlah yang amat diperlukan lebih-lebih lagi sekiranya pesakit adalah golongan asnaf atau miskin. Bukan semua kos perubatan adalah percuma di hospital kerajaan. Terdapat ubat-ubatan dan peralatan khas mahupun kos pengangkutan ke hospital perlukan perbelanjaan sendiri.
Baru-baru ini kami melakukan ziarah ke sebuah hospital di Lembah Klang, menemui beberapa orang pesakit asnaf yang sedang mendapatkan rawatan. Mereka adalah golongan miskin yang sangat memerlukan bantuan kita semua untuk mendapatkan rawatan perubatan akan sakit yang mereka tanggung. Mereka ada keluarga yang perlu disara khususnya anak-anak yang masih bersekolah. Namun, apabila mereka sakit, tiadalah kerja yang mampu mereka lakukan dan sudah pasti tiadalah pendapatan yang boleh diberi untuk keluarga.
Tersentuh hati dan atas rasa simpati terhadap golongan asnaf yang sakit ini, Yayasan Amal Maaruf Malaysia akan menyalurkan bantuan keperluan asas pesakit seperti lampin pakai buang, tuala kering dan basah serta ubatan yang tidak disediakan oleh pihak hospital dan sebagainya yang difikirkan perlu serta sedikit bantuan kewangan. Sasaran bantuan ini akan diberikan kepada 30 orang pesakit asnaf yang berada di sekitar Selangor dan Lembah Klang.
Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama-sama menjayakan usaha murni ini demi membantu golongan asnaf yang tidak mampu untuk keluar berkerja akibat sakit yang ditanggung. Mudah-mudahan dengan pemberian yang kita hulurkan ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban yang sedang ditanggung oleh pesakit dan ahli keluarga mereka.
Dari Sayyidina Abu Darda', iaitu 'Uwaimir Radhiyallahu 'Anhu berkata: "Saya mendengar Baginda Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Carilah untukmu orang-orang yang lemah, sebab sesungguhnya engkau semua diberi rezeki serta pertolongan dengan sebab orang-orang yang lemah di kalangan engkau semua itu." (HR. Abu Daud)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 11, 2023