YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Dec 28, 2021

INFAQ SUMBANGAN SURVIVAL KIT UNTUK PERSEDIAAN MENGHADAPI BANJIR

RM375 / 1.88 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM20,000

20 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama menjayakan program Infaq Sumbangan Survival Kit ini untuk persediaan mangsa-mangsa banjir sekiranya berlaku lagi musibah banjir.

Assalamualaikum W.B.T.

 

Infaq Sumbangan Survival Kit Untuk Persediaan Menghadapi Banjir

 

Bencana banjir di beberapa kawasan di Lembah Klang baru-baru ini telah memberi pengajaran kepada ramai pihak termasuk mangsa banjir yang terlibat iaitu betapa pentingnya keperluan persediaan bagi menghadapi banjir khususnya keperluan memiliki peralatan Survival Kit untuk mereka yang tinggal di kawasan banjir.

 

Bagi membantu penduduk yang terkesan dengan musibah banjir ini, maka Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) akan melancarkan kempen Infaq Sumbangan bagi membeli peralatan asas sebagai persediaan sekiranya bencana banjir berlaku lagi dalam masa terdekat mahupun di masa akan datang.

 

Sumbangan untuk pembelian peralatan asas yang diperlukan adalah:

 

1.       - Sampan angin, Pam tangan & Pengayuh sampan

2.       - Life Jacket / Jeket Keselamatan

3.       - Dynamo Torch Light (Lampu suluh tanpa bateri)

 

Oleh itu, Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program Infaq Sumbangan Survival Kit ini untuk persediaan mangsa-mangsa banjir sekiranya berlaku lagi musibah banjir di kawasan mereka.  Semoga sumbangan yang Tuan Puan berikan ini akan menjadi asbab penyelamat nyawa manusia ketika bencana melanda.

 

Nabi SAW juga ada bersabda: “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (Hadis Riwayat Muslim)

 

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah: 261)

 

Terima Kasih.



Wassalam.

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

ARWAH KHUZAIMAH BINTI JAAFAR

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 29, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 29, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 29, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Dec 29, 2021

ZURIANA ZAINAL ABIDIN

Menyumbang sebanyak RM25.00

Dec 29, 2021

Kempen Sumbangan Tamat